Monday, 1 October 2012

BUDGET 2013-CADANGAN

Alhamdulilah Budget 2013 di lihat boleh melonjak kan ekonomi negara dengan banyak peruntukan yg boleh di nikmati oleh semua lapisan masyarakat. Walaupun kali ini Isu Bangkrup langsung tidak disebut walaupun telah di sebut pada budget 2012 dan 2011 yg lalu. Pihak kerajaan Bekerja keras untuk merangka budget yg dapat di nikmati oleh semua rakyat malaysia. Dalam keadaan Ekonomi Dunia yg tidak stabil , 


Dana 1Azam yg berjumlah RM 400 Juta yg di sasarkan kepada 58,330 peserta adalah salah satu Dana yg boleh melonjakkan ekonomi mereka yg berpendapatan rendah serta di harapkan dapat membebaskan mereka ini dari kemelut kemiskinan tegar. Tetapi dengan bantuan sebanyak RM5,000 seorang apakah jenis usaha yg sesuai bagi menjamin bantuan tersebut akan berterusan memberikan pendapatan kepada peserta.

Dana New Entrepreneurs Foundation sebanyak RM 50 Juta adalah satu dana yg bagus bagi memberikan peluang untuk Belia memulakan perniagaan. adakan yayasan ini akan di letakkan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan atau satu badan yg melapur terus kepada Perdana Menteri? Tak perlu la semua benda nak di letakkan di bawah Perdana Menteri. Kasi je Menteri Belia Uruskan.. Budget yg lepas ada menyebut budget untuk MBM dan beberapa inisiatif lain, tetapi tak nampak pulak mcm dapat budget mereka tu..

Dana Tekun sebanyak RM350 Juta adalah satu dana yg begitu sesuai untuk semua peniaga kecil dan sederhana untuk mendapatkan akses pembiayaan.. Tetapi eloklah di kaji semula cara pengurusan dan jangka masa memproses setiap permohonan. kebanyakan pemohon mempunyai target masa dan jumlah bagi menjalankan rancangan perniagaan mereka..tetapi malangnya kebanyakan permohonan akan di luluskan kurang dari 50 % dari jumlah yg di pohon membuatkan pinjaman tersebut tidak dapat memenuhi tujuan asal pinjaman. sebab dah lulus maka mereka ambik lah juga. jangka masa permohonan hingga pada kelulusan juga adalah salah satu faktor yg membuatkan semua pinjaman tekun tidak dapat di gunakan untuk tujuan asal pinjaman.. Oleh itu elok lah pihak kerajaan membuat satu perubahan agar masa proses dan pinjaman dapat di singkatkan agar pinjaman tersebut dapat di manafaatkan sepenuhnya..

Dana Azam Tani sebanyak RM 41 Juta bagi mengalakkan orang ramai menceburi bidang pertanian juga satu langkah yg bagus. Tetapi jenis pertanian apa yg menjadi keutamaan? sudah semestinya tumpuan di berikan kepada kawasan luar bandar dan para usahawan tersebut membuat tanah untuk di gunakan. apa kata kerajaan dengan kerjasama GLC memberikan tanah-tanah yg belum di bangunkan di sekitar Kuala Lumpur di gunakan sementara untuk mewujudkan Usahawan Tani ini? Tanah-tanah bawah pencawang TNB banyak yg terbiar, risab DBKL serta tanah-tanah kementerian juga banyak yg terbiar. Saya pernah menyuarakan pada Tan Sri Shahrir Samad Pengerusi MPOB untuk menwujudkan usahawan tani bagi mengusahakan Benih kelapa Sawit di serata Malaysia. Pihak MPOB boleh memberikan Latihan serta Lesen juga di keluarkan oleh pihak MPOB. segalanya boleh di kawal seliakan oleh MPOB. Keluasan bagi menanam 400 poli bag sebagai permulaan tak la sebesar mana. satu benih sawit berumur 3 bulan dah boleh dijual semula kepada MPOB..  Tetapi adakah Kementerian Asas Tani bersetuju untuk memberikan Dana tersebut pada cadangan ini? 

Dana Pusat Internet 1 Malaysia Sebanyak RM150 Juta bagi mewujudkan sebanyak 100 pusat internet didalam kawasan perumahan rakyat adalah satu usaha yg baik, cuma takut usaha ini akan menjadi satu projek gajah putih sekiranya tidak di berikan kepada pihak yg bertanggung jawab. sekiranya di berikan kepada Persatuan penduduk untuk mentadbir pusat internet tersebut akan memudahkan pengurusan kerana mereka mengenali semua penduduk di kawasan tersebut. walaupun begitu saya berpendapat pusat internet ini hanya sesuai di buat di kawasan luar bandar yg akan menggunakan sebahagian dari balairaya sebagai pusat internet dan segala budget untuk menyelengaraan dan kos yg lain hendaklah di berikan tepat pada masanya. dalam masa yg sama pemancar Wifi yg berradius 500 meter serta mempunyai kekuatan capaian 100 user pada satu masa adalah solutions terbaik untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat. banyak data boleh di perolehi dari usaha ini. dengan bantuan RM 200 kepada belia untuk memiliki smartphone akan menjadikan pengguna internet kawasan terbabit akan bertambah. Bagi penduduk di sekitar bandar-bandar besar pulak kerajaan boleh menggunakan Tower Surau dan Masjid yg berdekatan untuk meletakkan pemancar Wifi yg berradius yg lebih luas lagi agar boleh di nikmati oleh semua penduduk sekitar dan dalam masa yg sama pihak surau/masjid juga boleh mendapatkan pendapatan tambahan dari penyewaan tower tersebut. pengguna yg ingin menggunakan khidmat internet tersebut terpaksa mendaftar dengan portal komuniti kawasan tersebut sebelum di berikan akses. dengan itu laman web komuniti terbabit akan menjadi default page sebelum di berikan akses ke laman yg lain. di situlah pihak kerajaan serta kemuniti setempat boleh memberikankan apa-apa maklumat serta hebahan di laman web tersebut. 




Datuk Seri Saya Mohon Mencadang!!!


p.s. Masih terkial-kial menunggu buah yg tak gugur...


No comments:

Post a Comment