Tuesday, 31 December 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2014 MESRA USAHAWAN

Selamat Tahun Baru di ucapkan kepada semua rakan-rakan yang mengenali saya serta rakan-rakan di Alam Maya yang yang mengenali saya secara terus ataupun melalui Dunia Maya. Semoga Tahun 2014 akan menjadi tahun permulaan bagi kita memperbaharui Azam dan Tekad untuk mencapai kejayaan yang lebih baik dari tahun-tahun yang terdahulu.Tahun 2013 meninggalkan kita dengan seribu satu macam pengalaman dan perkara-perkara yang indah dan juga yang menyedihkan.
Ramai yang bertanya berkenaan Program Pemulihan Sara Hidup yang saya usahakan kerana sehingga tarikh ini lebih kurang 5 bulan saya tak mengupdate blog ini kerana saya berpendapat tiada apa yang menarik yang boleh di paparkan melainkan Kekecewaan semata. Lawatan terakhir saya ke Australia adalah PERTH bagi melengkapkan kajian pemasaran yang di rancang. Setiap perjalanan saya pasti membawa bersama Mereka-mereka yang bernasib baik untuk mencari rezeki di bumi asing. setiap kos perbelanjaan yang bukan murah adalah dari hasil sumbangan pihak-pihak yang Perihatin yang terdiri dari Pemimpin-Pemimpin Negara yang amat saya Hormati dan sayangi.  amat sedikit Orang persaorangan yang membantu.

Tahun Baru ini bermakna sudah 4 tahun perjuangan ini di usahakan dan Alhamdulilah ianya berjalan dengan lancar dan menepati rancangan walaupun ianya mengambil masa yang lama. Program ini di lancarkan bagi mendapatkan data-data yang berkenaan bagi memudahkan kami membuat cadangan-cadangan yang sesuai untuk di serahkan kepada kerajaan untuk di beri pertimbangan. Banyak pihak yang berkenaan telah saya jumpa dan memberikan buah fikiran berkenaan apa yang boleh di usahakan di Bumi Kangaroo. Alhamdulilah kebanyakan dari mereka amat positif sekali serta sudi membantu jika terdapat ruang untuk membantu. Tahun 2013 juga saya kehilangan rakan-rakan yang tidak mempunyai daya tahan untuk berjuang bersama saya. saya mendoakan mereka berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. 

Tahun 2014 kami bercadang untuk membawa ramai usahawan untuk membuka perniagaan di Australia serta
akan mendapatkan pasaran untuk produk-produk keluaran Usahawan Melayu. insya allah dengan sokongan Padu Agensi-agensi kerajaan dan pemimpin yang berkenaan cadangan ini boleh di realisasikan. Usaha bagi mendapatkan peluang pekerjaan juga menjadi keutamaan kami. apabila rakyat Malaysia yang mencari makan di luar negara mengirim wang pulang ke Malaysia akan membantu pertumbuhan ekonomi malaysia seperti mana rakyat Indonesia yang mencari makan di malaysia yang menghantar pulang lebih 5.3 billion setahun ke negara mereka. Perkara ini tak mustahil di lakukan jika semua pihak bersatu padu untuk menjayakan nya. Terlalu banyak perkara yang perlu di perbaiki jika mahu melihat Usahawan Melayu bertapak di Luar negara.Perkara yang paling penting adalah Pegawai-Pegawai malaysia di luar negera perlulah mempunyai jati diri untuk membantu bangsa sendiri dan bekerja dengan ikhlas. Saya menyatakan hal ini kerana telag menghadapi situasi yang sebegitu. sikap sambil lewa dan jawapan jawapn retorik dari mereka membuatkan kami terpaksa membuat kajian tanpa bantuan mereka sedangkan jika mereka ini mempunyai hati untuk membantu amatlah mudah untuk kita mendaotkan maklumat melalui email sahaja tanpa perlu membazir wang untuk pergi kesana.Beberapa pemimpin juga pernah menyuarakan hal yang sama tetapi saya memberikan jawapan bahawa mereka di sana takde yang sanggup untuk membuat kerja lebih sedikit untuk mambantu mendapatkan maklumat yang di perlukan. Mungkin kerana mereka tidak mengenali saya. Tetapi semua pihak kerajaan di Australia pun tidak mengenali saya, tapi kenapa mereka begitu membantu??


Beberapa NGO perniagaan begitu berminat untuk bekerjasama dengan kami untuk menembusi pasaran luar negara. Kebanyakan dari mereka tidak mempunyai Dana untuk membuat Kajian yang di perlukan. Dengan kajian yang telah kami buat adalah tidak perlu lagi kajian lain di buat. gunakan saja hasil kajian yang kami buat itu. Kajian berkenaan Bekerja luar Negara telah pun siap dan telah mendapat jawapan dari Pihak Berkuasa Australia tentang tiadanya Pemit yang bersusaian serta malaysia juga tidak mempunyai kerjasama dengan mereka bagi tenaga kerja dari malaysia. Pihak Kementerian Wajar melihat isu ini. Terdapat lebih 80 ribu rakyat malaysia yang bekerja di Australia dipelbagai sektor.
Perjanjian MAFTA membuka banyak peluang yang boleh di rebut oleh Usahawan Malaysia sekiranya pihak yang berkenaan melihat nya secara meluas. saya masih belum mendapat data berkenaan berapa usahawan bumiputra yang telah berjaya di bantu untuk membuka perniagaan di australia. Terdapat beberapa perkara yang voleh di runding semula oleh pihak kerajaan iaitu MITI tentang syarat-syarat untuk membuka perniagaan di sana berbanding malaysia yang membuka peluang seluasnya kepada usahawan dari Australia.

Kepada yang beminat untuk menyertai Program Pemulihan Khas Sara hidup di sarankan mendaftar serta memberikan email address yang betul untuk saya balas. 

Datuk Hamim dan Datuk Seri Mustapa Mohamed saya mohon mencadang :)

Selamat Tahun Baru
@dinoGombak

Dataran Merdeka  

Friday, 28 June 2013

Lawatan Kajian Kali ke 3 Perth Australia Dan Pemiihan Umno 2013

Asalamualaikum ,

Pada 11 june pihak kami Berjaya berlepas ke perth untuk lawatan kajian peluang perniagaan untuk kali yg

terakhir.  Maka berakhir lah sudah misi mencari maklumat yg Berjaya di lakukan Oleh Persatuan Usahawan Elite Kuala Lumpur Dan Selangor. Bermula dengan kunjungan ke Melbourne, Brisbane dan kini Perth. Banyak maklumat serta kenalan dan perkara baru yg telah Berjaya di perolehi sepanjang Misi lawatan ini di mulakan. Jutaan Terima Kasih yg tidak terhingga kepada mereka yg tak jemu untuk memberikan bantuan kewangan bagi menjayakan misi ini. Selepas ini tiba la masanya untuk membuat cadangan cadangan kepada pihak kerajaan bagi membantu usahawan bumiputra untuk menembusi pasaran luar Negara pula..

 

Perjanjian Perdagangan Malaysia Dan Australia sememangnya membuka lembaran baru bagi usahawan Malaysia. Walaupun begitu semua peluang terbabit hanya bagi syarikat Malaysia yg sudah  beroperasi dan boleh di kata kan untuk syarikat yg sudah Berjaya. Fokus kami adalah bagi usahawan kecil dan sederhana serta perniagaan di luar Negara kali pertama. Setakat ini hanya Exim Bank sahaja yg memberikan dana pinjaman untuk berniaga di luar Negara.. walaupun penuh dengan tapisan dan berbagai kerenah tapi itu saja lah dana pinjaman yg ada untuk usahawan Malaysia yg ingin membuka perniagaan di luar Negara.. Dana Malaysia Kitchen adalah yg paling banyak di mohon oleh raykat Malaysia untuk berniaga restoran di serata dunia. 

Kerana dana pinjaman di bawah Malaysia kitchen yg mendorong ramai rakyat Malaysia untuk membuka
perniagaan restoran di serata dunia sedangkan banyak lagi perniagaan lain yg sesuai di ceburi oleh usahawan Malaysia di bumi kanggaro ini. Di bawah Perjanjian Malaysia Dan Australia (MAFTA) terdapat banyak jenis perniagaan yg di berikan keistimewaan untuk di buka di Australia.  Para usahawan wajar membuat kajian perjanjian tersebut serta datang sendiri bagi membuat tinjauan bagi mendapatkan maklumat yg di perlukan. baca di sini https://www.dfat.gov.au/fta/mafta/

Masyarakat melayu yg tinggal di sini sebenarnya amatlah tidak membantu sesama bangsa berbanding masyarakat cina di sini.. mereka amatlah membantu sesama mereka. Melayu di Australia lebih suka mendiamkan diri serta ada yg memberikan komen yg melemahkan semangat orang melayu yg lain dengan perkara-perkara yg beliau sendiri tidak begitu yakin. Yg pentingnya mereka ini kedekut ilmu dan tidak mahu membantu..
Kebanyakan melayu di perth hanya berkawan dengan rakan melayu yg lain yg duduk berdekatan tempat tinggal mereka atau yg sama-sama belajar.

Bagi memudahkan rakan Usahawan dari Malaysia untuk membuka perniagaan di Australia Pihak Persatuan
Bercadang untuk membuka satu Syarikat Perunding cara (consultant) di Bumi Australia ini dalam masa yg terdekat bagi membantu rakan usahawan untuk berniaga disini. Kedai Runcit 1 Malaysia sesuai di buka di perth kerana mempunyai ramai rakyat Malaysia yg tinggal dan bercuti di sini sepanjang tahun. Kedai Runcit Bangsa Cina amat banyak terdapat disini. Jika di Malaysia kita dengan mudah dapat melihat kedai-kedai runcit bangsa asing di buka di Negara kita. Kenapa di Australia tiada siapa pun yg membukanya.. dengan adanya kedia runcit malaysia ini insya allah produk buatan usahawan Malaysia dapat di pasarkan di luar negara dengan tanpa  menggunakan khidmat orang tengah. (yang kebanyakan nya Cina)

Syarikat consultant tersebut akan bergabung dengan syarikat professional yg lain sebagai Associate Partner. Syarikat Peguam,Audit dan akaun,imigrations Consultant,Insurance dan beberapa lagi akan bergabung tenaga bagi menjayakan syarikat yg bakal di buka nanti. Dengan adanya syarikat ini insya allah proses membuka perniagaan di Australia akan menjadi lebih mudah kerana syarikat ini akan menyediakan semua jenis perkhidmatan di bawah satu bumbung. Jika mendapat kerjasama kerajaan Malaysia adalah lagi bagus dan terbaik. Saya akan berusaha untuk perkara ini jadi kenyataan.

Pihak Kami Berjaya mendapatkan kerjasama dari Pusat pembelajaran Bahasa English bagi program BAHASA ENGLISH 1 MALAYSIA (BE1M) yg telah di rangkan bagi meningkatkan penguasaan bahasa English untuk usahawan tempatan menceburi perniagaan di luar Negara yg sememangnya memerlukan penguasaan bahasa English yg baik. Rata-rata kebanyakan kolej dan university menyokong program kami ini, terdapat juga pendapat mengapa tidak belajar bahasa English di Malaysia sahaja? Ini adalah kerana belajar di Malaysia tak mempunyai banyak impak berbanding belajar di luar Negara, di luar Negara mereka terpaksa bertutur di dalam bahasa English dalam kehidupan seharian mereka serta persekitaran yg asing bagi mereka.  Bebanyakan pelajar adalah dari Negara yg bukan menggunakan bahasa English sebagai bahasa harian. Ini menwujudkan lebih banyak challange kepada mereka, kami yakin sesiapa saja yg belajar English di luar Negara insya allah akan Berjaya menguasainya dengan cepat. Sijil Malaysia University English Test (MUET) hampir tidak di terima di kebanyakan university melainkan kita mengambil program mereka di Malaysia melalui program berkembar uiversiti Malaysia dan Australia.

program BAHASA ENGLISH 1 MALAYSIA (BE1M) di sasarkan kepada usahawan Malaysia yg berminat untuk membuka perniagaan di Australia. Dengan masa 12 bulan sebagai pelajar akan memberikan mereka masa yg mencukupi untuk membuat kajian di Australia berkenaan cara dan undang-undang Australia serta jenis perniagaan apa yg sesuai di buka di sana. Hamper di kebanyakan wilah di Australia mensyaratkan agar semua peniaga mempunyai sekurang nya sijil EILTS5 untuk membuka syarikat di Australia. Dengan adanya silij EILTS5 tersebut mereka akan mudah di terima untuk masuk ke university di Australia sekiranya berminat untuk menyambung pelajaran secara separuh masa di samping menjalankan perniagaan di sana.   


PEMILIHAN UMNO 2013

Baru selesai PRU13 kini demam pemilihan Umno telah bermula.  Ramai yg telah mula turun ke cawangan-
cawangan menjual janji janji mereka.  Kepada Ketua Bahagian yg menang semasa PRU13 wajarlah di kekalkan bagi memudahkan tugas membantu rakyat di laksanakan.  Ketua Bahagian yg kalah pula wajar di tukar dengan yg baru.. elok lah kalau tukar satu kapal sekali. Pada ketua bahagian yg tidak di calunkan pula akan di nilai dari segi kerjasama dengan parti komponen semasa PRU13.
Ramai Ahli Umno yg sememangnya menjadi ahli tetapi tidak aktif kerana gagal untuk duduk di dalam golongan Kroni ketua tempat mereka. Meraka ini menjadi hali serta penyokong BN sahaja.  Mereka ini wajar di panggil untuk bersama berjuang menegakkan pengupayaan Orang melayu. Ketua-ketua haruslah bersedia menerima pandangan dari ahli terbabit kerana kali ini undi mereka di kira untuk semua jawatan dari bawah hingga ke atas.

Ketua cawangan popular lazimnya akan di jaga oleh ketua bahagian mereka.mereka ini sering di bawa berkrusus ke Indonesia dan beberapa tempat lagi. Manakala ketua yg tak popular di tinggalkan sebagai satu pengajaran kerana tidak menyokong ketua bahagian atau berada di Kem yg lain. Adalah elok jika semua cawangan di bahagian tersebut di bawa semua tanpa meninggalkan walau seorang pun.  Sedikit sebanyak ini dapat merubah sokongan mereka kepada ketua bahagian tersebut.

Pada ketua bahagian yg mempunyai jawatan dalam kerajaan lagi mudah untuk membuat program serta aktiviti untuk tempat mereka. Pada yg tidak mempunyai jawatan terpaksa bergantung kepada budget dari Umno Malaysia yg mmg susah untuk di perolehi. Sebagai jalan penyelesaian wajarlah ketua bahagian ini di berikan jawatan di syarkat GLC milik kerajaan yg banyak itu.. ianya dapat menyelesaikan hampir banyak kesulitan yg terpaksa di tanggung oleh ketua bahagian tersebut.

Yang pasti banyak ketua bahagian sudah mula di panggil untuk menganggotai Think Tank Ketua bahagian bertaraf Menteri atau ketua bahagian yg kaya bagi membantu mereka mengekalkan jawatan di dalam Umno. Maka Coffee-Coffe House dan trip umrah tahun ini serta trip keluar negara akan dipenuhi oleh mereka ini. Cabaran yg terbesar pada pemilihan kali ini adalah serangan di Cyberspace. Para Blogger-blogger sudah mula di panggil dan di berikan task serta mereka juga telah mula aktif mencari maklumat di serata Malaysia bagi memenangkan boss mereka.

Pemilihan Umno kali ini bakal meyaksikan serangan demi serangan ke atas pihak lawan mereka dengan menggunakan blogger yg dibayar.. serangan peribadi serta salah laku akan menjadi bualan selepas ini. Ini adalah satu perkara yg tidak sihat untuk Negara kita Malaysia.  Adakah Ketiga-tiga Naib Presiden Kesayangan saya akan Berjaya bertahan atau akan kalah kali ini juga menjadi satu perbualan di peringkat akar umbi.

Semua jawatan wajar di pertandingkan bagi meneruskan demokrasi di dalam UMNO itu sendiri. Jangan ada pulak yg bersetuju agar jawatan itu dan ini elok tidak di pertandingkan.. Nampak sangat bodek .. kalau anak jantan elok lah bertempur di gelanggang rakyat.. jangan lah menang kerana duduk di dalam kapal atau Chai si polan sipolan.. Peranan WARLORD Umno kini telah sampai ke penghujung nya. Mula lah bertemu semua ahli secara bersemuka tanpa menggunakan khidmat WARLORD .. teruskan engagement di social media insya allah ahli akan rasa lebih rapat dengan dengan anda.. pada yg takde social media biarkan dia dengan labu-labu nya.. pada admin yg menjaga akaun terbabit sila lah jgn pilih bulu nak retweet ataupun komen di facebook. Layan je semua. Insya allah menang.

Jangan sebab dah pegang banyak NGO ingat boleh menang senang-senang ok. Jangan di ulangi kebodohan
semasa PRU13.. cuba belajar dengan apa blogger akar umbi nak cakap pulak. Asyik dengar cakap PunahSehat nescaya anda akan kalah dalam kebodohan.  Peranan Wanita,Pemuda Dan Puteri adalah amat penting sekali.. dengar la keluhan mereka jangan mereka ini di sajikan dengan janji-janji manis.. tunjuk kehebatan anda menjuarai hati ahli umno seluruh Malaysia dengan tindakan yg memberikan menafaat untuk semua ahli.. bukan curi idea orang lain untuk jadi popular.

p.s. saya support ketiga-tiga naib presiden walaupun saya tak suka beberapa pegawai mereka.

Dino Gombak@Perth